Penyusuan di antara cara Jarakkan Kehamilan

Salah satu kaedah menjarakkan kehamilan ialah melalui penyusuan susu ibu yang dinamakan Lactational Amenorrhea Method (LAM) di mana penyusuan susu ibu sepenuhnya berupaya melambatkan kedatangan haid dan ovulasi secara semula jadi.

Image

Walau bagaimanapun, kaedah ini adalah 98 – 99.5 % efektif, sekiranya semua syarat di bawah dipatuhi:

1. Haid ibu belum kembali.

2. Bayi berumur kurang daripada enam bulan.

3. Bayi menyusu secara eksklusif dengan kerap (siang dan malam).

4. Bayi tidak mengambil sebarang makanan lain selain daripada susu ibunya selama enam bulan pertama.

Oleh itu, antara tip untuk memastikan keberkesanan keadah LAM ini, anda haruslah:

  • Memastikan bayi sentiasa bersama atau berdekatan dengan ibu.
  • Menyusu dengan kerap tanpa had (siang dan malam). Untuk pengetahuan, penyusuan di waktu malam sangat penting kerana pada ketika itu hormon prolaktin adalah sangat tinggi. Hormon ini yang melambatkan ovulasi.
  • Menggunakan penyusuan sebagai cara untuk memujuk dan menenangkan bayi.
  • Menyusu sambil berbaring apabila berehat atau tidur.
  • Tidak menggunakan botol atau puting kosong.

Sekiranya haid ibu telah kembali atau bayi berumur lebih daripada enam bulan atau dia sudah diberi makanan tambahan (pada tahap umur ini, bayi seharusnya diperkenalkan dengan makanan tambahan dan tidak menyusu sepenuhnya), ibu dinasihatkan untuk menggunakan kaedah perancang keluarga yang lain.

Ini kerana selepas enam bulan, perlindungan penyusuan susu ibu terhadap kehamilan mula berkurangan.

Sumber: Pa&Ma

Susu kurang? Inginkan Set Breastfeeding?
Klik sini http://on.fb.me/Ze9bdc

Urutan untuk Elak Bayi Kerap Menangis

Kekadang bayi menangis bukan semata-mata kerana lapar atau lampinnya yang penuh. Ada faktor-faktor tertentu membuatkan bayi merasa kurang selesa untuk tidur. Menurut kajian, bayi yang sentiasa mendapat urutan akan tidur lebih selesa dan kurang menangis. Bayi akan rasa lebih disayangi dan selamat. Berikut beberapa urutan untuk elak bayi kerap menangis.

Image

 

Inginkan Set Breastfeeding?

Faizah zain  | Shaklee Independent Distributor ID:887424 | sms/call: 013-2995854

Testimoni Set Penyusuan

Mungkin ada yang beranggapan makan suplemen atau tidak bukan faktor utama dalam penghasilan susu badan. Jika si ibu benar-benar yakin tubuhnya cukup nutrisi yang diperlukan bayi, mungkin suplemen tidak diperlukan. Tetapi zaman sekarang pencemaran dan gaya pemakanan yang tidak seimbang menyebabkan suplemen-suplemen tertentu diperlukan agar tubuh ibu kekal sihat untuk memastikan susu dapat dihasilkan secukupnya untuk bayi.  Di sini dikongsikan testimoni Set Breastfeeding dari seorang ibu.

Image

Inginkan Set Breastfeeding?

Faizah zain  | Shaklee Independent Distributor ID:887424 | sms/call: 013-2995854

Amalan dan doa untuk menambah susu ibu

Selain suplemen untuk penyusuan, amalan yang betul penting untuk mengekalkan pengeluaran dan menambah susu ibu. Untuk pengetahuan semua, ini adalah amalan dan doa untuk menambah susu ibu yang sangat bagus untuk dijadikan amalan harian :

Image1. Menyusu dengan kerap atau memerah susu dengan kerap. Sekurang-kurangnya 3 jam sekali atau mengikut rutin anak menyusu. Lebih kerap susu ibu diperah, lebih kerap susu baru akan terbentuk. Menjarakkan masa terlalu lama atau menunggu breast rasa penuh atau bengkak baru memerah boleh menyebabkan penurunan jumlah susu dan susu lebih cair bukan menambah susu ibu.

2. Minum air masak/ kosong 3 L sehari dan makan makanan yang berkhasiat dengan gembira.
Kesihatan dan emosi ibu boleh menambah atau mengurangkan susu ibu.

3. Zikir dan doa kepada Allah bagi yang beragama Islam.
Setiap usaha dan amalan tidak akan berhasil tanpa izinNya jadi perbaiki amal ibadat dan mohon dari Allah yang berkuasa supaya menambah susu ibu.

Doa dan zikir untuk menambah susu ibu.

1. Doa
Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan.
Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku
Sambil membaca doa ini letakkan tangan pada payudara dan doa semoga Allah murahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan susu ibu hingga 2 tahun.

2. Zikir
Zikir Ya Matin (70x) setiap mlm & subuh @ hembuskan pada air & dibuat minuman.

3. Surah Al-Hujurat & Al-Kauthar
Surah ini menjadi amalan ibu sepanjang mengandung dan boleh diteruskan dengan niat semoga Allah memurahkan rezeki anak.

4. Ayat dari Surah Al-Baqarah, ayat ke 60
Maksud ayat:”Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi.”
Ayat 72-73 Surah Yasin

5. Solat sunat Dhuha
Cuba untuk melakukan solat sunat Dhuha dan amalkan doa ini sebanyak 3kali semasa sujud akhir.
“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.”
Jika tidak berkesempatan untuk solat sunat, cukuplah sekadar berdoa dengan doa dhuha ini.
Semoga para ibu berjaya menyusukan anak anugerah Allah dan semoga keluarga memahami dan memberi sokongan kepada usaha ibu ini.

Renungkan ayat 233, Surah Al – Baqarah ini yang bermaksud
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma’ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan seorang ayah karena anaknya, dan warispun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan” (2:233)

Inginkan Set Breastfeeding?

Faizah zain  | Shaklee Independent Distributor ID:887424 | sms/call: 013-2995854

Jadual Latihan Pemberian Susu Ibu Perahan

Sebelum kembali bekerja, mungkin ibu-ibu tertanya-tanya bagaimana memberikan susu ibu perahan kepada bayi, Jadual Latihan Pemberian Susu Ibu Perahan kepada Bayi di bawah mungkin dapat membantu. Latihan dimulakan selama 12 hari.Image

Cuba sehingga bayi dapat membiasakan diri dengan SIP.

Inginkan Set Breastfeeding?

Faizah zain  | Shaklee Independent Distributor ID:887424 | sms/call: 013-2995854

Posisi terbaik menyusu

Ada beberapa posisi terbaik menyusu yang dicadangkan untuk para ibu. Info ini mungkin berguna buat bakal-bakal ibu muda yang ingin  memulakan “Breastfeeding”.

Posisi Buai/ Dukung Bayi/cradle


Posisi ini adalah posisi paling biasa yang diamalkan oleh kebanyakan ibu. Ia mudah dilakukan apabila menyusukan bayi semasa duduk, mahupun semasa atau sambil berdiri. Walaupun nampak mudah, sentiasa ingat, bayi yang perlu dirapatkan kepada ibunya, bukan ibu yang perlu merapatkan diri kepada bayi. Jaga leher dan belakang ibu supaya tidak berbongkok mahupun terlalu menunduk, yang boleh membuatkan ibu stres pada bahagian leher dan belakang badan. Posisi penyusuan yang salah juga boleh mengundang kepada faktor-faktor isu penyusuan seperti bengkak susu.

Posisi Silang Buai/ Silang Dukung Bayi/cross cradle


Posisi Silang Buai atau Silang Dukung Bayi ini sesuai dilakukan pada bayi yang ‘cerewet’, dan pandai memilih. Ada bayi yang sangat suka menyusu pada sebelah bahagian payudara ibu sahaja. Antara faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya situasi ini adalah:

1. Ibu ‘mengajar’ bayi sejak dari dalam tempoh berpantang
Ada ibu yang tidak menggilirkan bahagian payudara pada setiap kali sesi penyusuan. Dalam berpantang, kadangkala ibu lebih selesa baring mengiring pada sebelah bahagian sahaja akibat kesakitan jahitan episiotomi. Sebaiknya, ibu mendidik bayi sedari awal dengan menggilirkan setiap payudara pada setiap kali sesi penyusuan yang berbeza.

2. Bayi pandai memilih secara semulajadi
Memang ada bayi yang pandai memilih sendiri bahagian ataupun posisi kegemaran mereka. Sebagai contoh, ada bayi suka mengiringkan kepala pada bahagian kiri sahaja, lalu payudara yang sesuai padanya adalah payudara sebelah kanan. Menggunakan posisi ini, ibu dapat membantu bayi masih lagi mengiring ke bahagian kesukaannya, tetapi menggunakan payudara yang berbeza.

3. Faktor semulajadi payudara ibu
Ada ibu yang mempunyai puting yang berlainan jenis puting pada setiap bahagian payudara. Sebagai contoh, puting pada payudara kanan ibu adalah normal tetapi pada bahagian kiri pula putingnya tenggelam. Bayi lalu memilih bahagian yang dirasakannya lebih mudah bagi menyusu dan melekap.

Walau bagaimanapun, sebenarnya ini bukan ‘isu besar’ yang perlu dijadikan alasan oleh para ibu. Ini kerana, dalam proses pelekapan menyusu, apa yang diperlukan bayi adalah kawasan aerola, bukannya puting. Maksudnya,bayi akan menghisap susu melalui aerola, bukan melalui puting. Dalam konteks ini, ibu MAMPU menyusukan bayi dengan cara membantu bayinya. Ibu boleh melakukan stimulasi pada puting payudara terlebih dahulu sebelum menyusukan. Ibu juga boleh menggunakan picagari yang sudah diubah suai bagi memudahkan proses stimulasi, seperti gambar di bawah:

4. Faktor semasa
Faktor semasa ini bermaksud, sekiranya pada masa itu sebelah bahagian payudara sedang mengalami bengkak susu, puting luka, cedera, dan sebagainya, membuatkan bayi mula beralih arah pada bahagian yang lebih baik untuknya. Ada juga kes, bayi sensitif pada krim payudara atau krim puting yang digunakan oleh ibu. Penggunaan krim itu biasanya ‘melarikan’ rasa dan bau ibu. Ibu pula sibuk menggunakannya bagi mengubati puting yang sakit, luka, mahupun rengsa.

Ubat yang paling mujarab dan ‘menyantuni’ puting ibu sebenarnya adalah SUSU AKHIR ibu sendiri (bukan susu awal). Ini kerana, susu akhir ibu kaya dengan ‘pelembap semulajadi’, khasiat, dan antibodi yang tiada tolok bandingnya. Bukan itu sahaja, susu akhir ibu juga MUDAH, MURAH, dan DIJAMIN SELAMAT (^_^). Justeru, digalakkan para ibu menyapu sedikit susu akhir pada setiap kali sesi penyusuan mahupun pemerahan selesai—ini antara petua yang saya amalkan (^_^).

Posisi Baring

Posisi baring sebenarnya boleh dilakukan dalam pelbagai cara. Cara biasa, mahupun cara ‘kulit ke kulit’, yang biasanya diamalkan di dalam labor room.

Ibu juga boleh melakukannya secara bersilang iaitu dengan wajah bayi menghadap dada ibu, dan wajah ibu menghadap perut bayi. Dalam erti kata lain, kaki bayi melunjur seiring dengan kepala ibu (tiada dalam gambar).

Walau apapun posisi baring yang diamalkan, pastikan ibu dan bayi berasa selesa. Lapik bantal dengan sebaik mungkin pada leher ibu, belakang ataupun bawah bayi, belakang ibu (sekiranya perlu), mahupun bantal antara kedua-dua lutut ibu. Ini penting supaya ibu tidak mengalami ketegangan, dan pelekapan dapat dilakukan dengan sempurna, apatah lagi dalam tempoh berpantang.

Berhati-hati juga apabila mengamalkan posisi baring. KESELAMATAN perlu sentiasa diutamakan dalam apa juga situasi. Apatah lagi, ditakuti sekiranya ibu tertidur keletihan. Posisi yang dilakukan dengan sempurna dapat mengelakkan berlakunya kejadian bayi lemas.

Ada juga ibu yang ‘malas’ mengubah kedudukan bahagian badan apabila menyusukan bayi semasa baring. Sebagai contoh, ibu berbaring mengiring ke kanan bagi menyusukan bayi dengan payudara pada bahagian kiri, dan MASIH LAGI mengiring ke kanan bagi menyusukan bayi dengan payudara pada bahagian kanan. ELAKKAN cara begini terutamanya dalam proses berpantang ataupun bayi masih kecil. Ini kerana, sekiranya ibu terlelap, bayi masih belum pandai mahupun bertenaga menolak dan memberi isyarat pada ibunya.

 

Posisi Penari

Posisi Penari (Dancer Hold) ini boleh dilakukan pada bayi yang mengalami kesukaran menyusu akibat daripada faktor semulajadi, contohnya sumbing (contohnya sumbing bibir), down syndrome, dan tounge tie (lidah terlalu pendek), bergantung pada situasi kes bayi itu.

Dalam konteks ini, dagu bayi disokong tegak oleh tiga jari (ibu jari, jari telunjuk, dan jari hantu). Bayi diletakkan dalam posisi duduk, dan disokong belakangnya. Payudara juga boleh ditampung daripada bahagian bawah payudara sekiranya perlu, juga oleh tiga jari utama tadi. Ini dilakukan sekiranya payudara ibu bersaiz besar.

Bagi kes sumbing (sebagai contoh sumbing bibir), mulut bayi dimuatkan dengan ‘penuh’ pada aerola, bagi menutup sumbing yang ada itu. Ini membantu dan memudahkan bayi melakukan hisapan. Ini bermakna, selain daripada penggunaan suapan cawan dan picagari, masih ada cara lain yang dapat kita ikhtiarkan bagi menjayakan penyusuan sus ibu pada bayi begini, iaitu melalui Posisi Penari.

Semoga tips ini memberi manfaat buat ibu dan bayi.

[ sumber: http://menyususimanja.blogspot.com/2011/04/posisi-penyusuan.html]

Inginkan Set Breastfeeding?

Faizah zain  | Shaklee Independent Distributor ID:887424 | sms/call: 013-2995854

Posisi Menyusu Anak Kembar

Bagi yang mempunyai anak kembar pada permulaannya pasti agak kekok untuk menyusukan kedua-dua bayi anda secara serentak. Mungkin anda beranggapan anak kembar patut disusukan seorang-demi seorang. Walaubagaimanapun terdapat posisi menyusu anak kembar yang boleh anda cuba mengikut keselesaan masing-masing.

ImageInginkan Set Breastfeeding?

Faizah zain  | Shaklee Independent Distributor ID:887424 | sms/call: 013-2995854

Jadual “pumping” Ibu Bekerja

Bagi ibu-ibu yang bekerja jadual ini mungkin dapat membantu agar jadual pengepaman susu adalah teratur dan berjalan lancar untuk mengelakkan bengkak susu dan stok EBM yang mencukupi. Ibu-ibu juga dapat merancang jadual keesokannya melalui Jadual “pumping” ibu bekerja ini.

Image

Inginkan Set Breastfeeding?

Faizah zain  | Shaklee Independent Distributor ID:887424 | sms/call: 013-2995854

Cara menyimpan susu perahan

Sebenarnya suhu tertentu yang menentukan jangka hayat susu perahan ibu. Jadi PANDUAN PENYIMPANAN EBM ini mungkin membantu anda untuk membuat susu perahan yang seterusnya dan memastikan EBM adalah mencukupi.

Image

SUHU BILIK

  • Jika pada suhu bilik  (25ᵒC – 37ᵒC), disarankan tidak lebih dari 4 jam.
  • Jika bilik ber-AC (19ᵒC – 22ᵒC), boleh sampai 10 jam.
  • Jika bilik ber-AC (15ᵒC) tahan untuk 24 jam.

[catatan: suhu di atas harus stabil, cth keadaan sejuk adalah berterusan, tidak dioffkan sepanjang botol ASI ada di dalam bilik tersebut.]

FRIDGE/FREEZER

  • Peti Sejuk (1 pintu) – bahagian beku – 2 minggu
  • Peti Sejuk (2 pintu) – bahagian beku  – 3-4 bulan
  • Pintu bawah (rak paling atas) (2 °C- 4 °C)
  1. (sebelum dibekukan) – 3-5 hari (hari yg ke 5, masukkn terus ke bahagian beku)
  2. (selepas dibekukan>>chiller) – 24 jam

DEEP FREEZER ( tahan di antara 6 bulan dan ke atas)
Jika ibu menyimpan susu di dalam tempat pembeku yang mempunyai suhu sehingga -1 darjah celcius, susu boleh tahan selama 1 tahun

BEKAS PENYEJUK
cooler bag/box (0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam

PERINGATAN:
* susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula
* susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula

TIP DAN CARA PENYIMPANAN

  • Di Pejabat

* Simpan susu yg telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bhgn beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi  akibat pembekuan (susu ibu yg dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
* Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais

  • Di rumah

Simpan sebanyak yg boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit shj dibhgn beku.

* Susu yg disimpan dibhgn bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
* Susu yg disimpan dibhgn beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.

Contohnya: Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari dan 1 botol lagi ke dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari.

PERKARA YANG DILARANG
Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.

  • Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan

SOURCE : http://kimsusuibu.blogspot.com

Inginkan set Breastfeeding ? Hubungi Saya:

Faizah zain  | Shaklee Independent Distributor ID:887424 | Contact: 013-2995854